Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Kosas
Hari ini 10-3-2010  
Tokoh Guru SMKTK - Tuan Haji Hashim
Tuan Haji Hashim

Bolehkah cikgu ceritakan sedikit mengenai keluarga dan pendidikan cikgu?

Saya mendapat didikan di Maktab Perguruan Pulau Pinang pada tahun 1960. Kemudian saya melanjutkan pelajaran saya ke Universiti Malaya dan seterusnya saya mengambil Ijazah Masters di Kanada selama 2 tahun. Selepas itu saya ke London untuk mengambil Diploma Pentadbiran selama 8 bulan. Saya pernah menjadi pengetua di lima buah sekolah di antaranya Sekolah Menengah Taman Sea, Sekolah Menengah Taman Keramat, Sekolah Menengah Jalan Cochraine. Saya juga pernah bertugas sebagai Nazir di sekolah-sekolah persekutuan. Saya mempunyai seorang isteri yang turut berkhidmat sebagai guru. Saya mempunyai 4 orang anak, mereka juga telah mendapat Ijazah Masters dan kini bekerja dalam bidang masing-masing.

Apakah tanggapan cikgu semasa mula-mula menjejakkan kaki ke sekolah ini?
Saya melihat banyak kekurangan dari segi kemudahan di sekolah ini. Disiplin sekolah ini juga tidak begitu memuaskan. Walau bagaimanapun saya berasa gembira berkhidmat di sekolah ini.

Apakah perancangan cikgu unutk menaikkan taraf Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Kosas?
Saya pernah membuat perbincangan dengan guru-guru yang mengajar Bahasa Inggeris bagaimana caranya untuk membaiki pembelajaran dan meningkatkan prestasi pelajar dalam subjek ini. Saya telah mewujudkan kelas kemajuan diri (Staff Developement) sebanyak 2 kali seminggu selepas waktu sekolah. Saya juga sentiasa memberi ceramah motivasi pada setiap hari-hari penting sekolah dan membuat poster-poster motivasi untuk renungan para guru dan pelajar. Di samping itu, satu ruangan sudut bacaan Bahasa Inggeris telah saya adakan.

Apakah prinsip cikugu yang boleh dijadikan panduan oleh para pelajar?
Prinsip saya ialah seseorang itu mestilah mempunyai kemahuan, matlamat dan merancangkan setiap aktiviti yang hendak dilakukan sekiranya mahu berjaya. Untuk mencapai kejayaan usaha yang gigih perlu dilakukan berserta dengan pengorbanan.

Apakah pesanan cikgu kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Kosas?
Saya mahu pelajar-pelajar mengamalkan kata-kata hikmat daripada seorang pengarang buku motivasi terkenal, Norman Vincent iaitu DO IT (Two Magic Words). Para pelajar mesti lakukan apa saja demi mencapai kejayaan.

Apakah pandangan cikgu tentang kemajuan akademik dan ko-kurikulum sekolah ini?
Kemajuan sekolah ini adalah sederhana memandangkan kekurangan kemudahan. Cikgu-cikgu juga beusaha bagi meningkatkan prestasi para pelajar. Mungkin apabila bertambahnya kemudahan di sekolah ini, prestasi para pelajar akan meningkat.

Apakah pandangan cikgu mengenai gejala sosial yang sedang menular pada masa kini dan mungkin segelintir pelajar dari sekolah ini turut terlibat?
Kepada remaja terjebak dalam gejala sosial mesti ada inisiatif untuk berubah. Mereka harus mencari masalah sendiri dan membaiki kesalahan tersebut kerana seseorang yang berjaya itu tidak akan menyalahkan orang lain.
Lain-Lain Muka Surat
Majlis Perpisahan Pn Rabiya 2006
Tokoh Guru Cemerlang SMKTK 2005/2006
Program Penukaran Pelajar
Tokoh Guru SMKTK - Tuan Haji  Hashim
Tingkatkan Keupayaan Pelayan Web
Majalah Sekolah