Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Kosas
Hari ini 19-5-2012  
Majlis Perpisahan Pn Rabiya 2006
Pn. Rabiya Binti Mohd Sultan
Pn. Rabiya Binti Mohd Sultan

Pn. Rabiya adalah puteri bongsu daripada 10 orang adik-beradik. Dilahirkan pada tanggal 24 September 1964 di Hospital Besar Seremban, beliau membesar di Nilai, Negeri Sembilan. Memulakan alam persekolahan di SK Labu, beliau menyambung di SMK Datok Mohd Said di Nilai, sebelum, menduduki tingkatan 6 di SM Tunku Ampuan Durah.

Beliau seterusnya mengambil ijazah pertama dalam bidang Sejarah di UKM, menyambung mengambil Diploma Pendidikan pula di UKM. Seterusnya kerana minat yang mendalam terhadap pendidikan, beliau menyambung pengajian diperingkat Sarjana di UKM.

Pn. Rabiyah dihantar bertugas ke sekolah Asrama Penuh Kota Kinabalu, Sabah. Selama setahun di sana, beliau berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu serta beliau berjaya meneroka banyak pulau sekeliling Sabah yang sangat cantik, Seronok di sana... tapi terpaksa pulang ke Semenanjung kerana seorang pemuda bernama Adam Mydin telah berjaya memancing beliau dari gigi pantai Kuala Lumpur. Beliau yang ketika itu berusia 29 tahun akhirnya berkahwin dengan En. Adam Mydin yang 4 tahun lebih tua daripada beliau pada tanggal 7 Januari 1991 dan dikurniakan seorang putera yang kini berusia 14 tahun.

Di Semenanjung, beliau bertugas di SM St. John selama 2 tahun sebelum akhirnya menjadi keluarga SMK Taman Kosas pada tahun 1993 hingga kini.

Kenangan terindah - ketika menjadi Ketua Panitia mata pelajaran Sejarah, beliau berjaya meningkatkan pencapaian Sejarah sekolah hingga ke peringkat Kebangsaan selama 2 tahun berturut-turut.

Kenangan lucu - ketika beliau menyertai projek cari gali arkeologi di Lembah Bujang, Baling, Kedah. Rakan beliau terjumpa tengkorak, terus pengsan. Pn. Rabiya dan rakan yang lain tergelak geli hati melihat rakan yang pengsan tadi.

Beliau gembira menjadi Guru Kanan Kemanusiaan kerana beliau, kesemua Ketua Panitia dalam bidang Kemanusiaan sangat bekerjasama dengan beliau.

Pegangan beliau - Setiap keinginana itu seharusnya diikuti dengan usaha dan jangan jadikan halangan sebagai penutup keinginan.

Lain-Lain Muka Surat
Majlis Perpisahan Pn Rabiya 2006
Tokoh Guru Cemerlang SMKTK 2005/2006
Program Penukaran Pelajar
Tokoh Guru SMKTK - Tuan Haji  Hashim
Tingkatkan Keupayaan Pelayan Web
Majalah Sekolah